Loves of My Life

Daisypath Anniversary tickersLilypie First Birthday tickers

Monday, April 18, 2011

Doa dan amalan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ;)

Fuhhh,..penuh habuk la blog ni. Terbengkalai lagi..sigh.. Okeh-okeh, ni ade satu mende nak share dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Saya dapat info ni kat FB group Kump.Ibu Menyusukan. Tadi baca-baca macam menarik lak. Mintak izin dari tuan punye post untuk copy n paste kat blog ni. Bukan ape, senang nak rujuk semula nanti ;) Bole la kite amalkan bersama-sama ye, InsyaAllah Ameen :)

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas...."


InsyaAllah..semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada saya untuk menyusukan Irsyad sampai umur 2 tahun setengah. Saya nak jadikan mak saya sebagai contoh yang berjaya menyusukan kami 4 beradik sampai umur 2 tahun setengah. Ye..keSEMUA kami! Allah punya kuasa kan, rezeki anak. Zaman dulu mane ade pump-pump ni. Kalau ade pun untuk orang yang berada a.k.a senang la kan..Tapi dengan tekad yang kuat untuk menyusukan anak-anak, InsyaAllah akan ade rezeki dan kekuatan yang Allah bagi untuk hamba-hambaNya. Yang penting nawaitu kite. Ye tak?hehe..oh ya. Mak cakap, die susukan kami dengan breast belah kanan je. Sebab belah kiri macam taknak kua susunya. Hebat kan?