Macam biasa, weekend follow husband pi opis die. Skang ni lagi la die busy dengan audit ISO ape tah. ISO lab la..banyak keje la nampak gayenye. Aku memang tak suke sangat dok umah sorang-sorang weekend-weekend camni. Kalo weekdays, ok :P So duduk la kat meja opismate husband ni. Kat depan meja die ( kat papan yang bole tampal-tampal tu ) ada mende yang interesting untuk dikongsi bersama :) Sile baca ya :P
5 perkara semua kita mahukan dan kita usaha untuk mendapatkan nya:
1) Wajah yang cantik
2) Duit yang banyak
3) Kesihatan yang baik
4) Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5) Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Senang je untuk mendapatkan nya, hanya 15 minit setiap hari. Bagaimana??
Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Sesiapa yang tinggalkan SOLAT SUBUH, tiadalah padanya nur diwajahnya dan sesiapa yang tinggalkan SOLAT ZUHUR, tiadalah padanya rezeki yang berkat.
Dan barang siapa yang tinggalkan SOLAT ASAR, tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan SOLAT MAGHRIB, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat.
Dan barang siapa yang tinggalkan SOLAT ISYAK, tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
Wallahu'alam. Sekian sahaja :) Renung-renungkan dan selamat beramal :)
angah, best ni... nak share kat blog saya eh.. ;)
ReplyDeletenice post ! :) selamat kembali berblogging.
ReplyDeletealong:: sile2 :) no prob =)
ReplyDeleteshad:: hehe..tq2!