Dah dapat 2 kad .. |
Sampai-sampai je kat klinik pakar tu, berdebar-debar jugak la. Yela, tak penah-penah jumpe pakar. Jumpe doc ni pun sebab pregnant. Kalau tak, sakit macam mana pun, memang tak pi klinik nye (walaupun dah 20thn ++ dok kat klinik-kuarters kesihatan la katakan). Macam biasa la rutin pregnant women kalau pi klinik. Timbang berat, urine test. Without fail. Timbang berat ok je, tapi urine test tu..adoila..I believe all women akan rasa lemah sket bab-bab ni :p but.. Everything for you my dear baby ;). Berat lak turun lagi. dah jadi 51kg? dari 55kg?~sigh~ pelik gak, makan macam biasa tapi berat turun. Awal-awal kot kan?
Nak masuk bilik doc tu, macam biasa la, bagi salam, doc jawab salam. Pastu suruh saya duduk. Doc pun menerangkan dengan panjang lebar la surat reference dari doc panel tadi. Ok saya paham semua nya, pastu doc pun nak konfem kan lagi skali. Die nak tengok sendiri. So, scan la untuk kali ke-2 nya pada hari itu. Jawapannya: konfem ade cyst, ovarian cyst sebesar 8cm x 7cm. Agak besar la (dengar pun terkejut gak huhu..). Then, the doctor explained to me there are many kinds of cyst, ade yang bahaya, ada yang tak. Jadinya, doc pun amik darah saya, nak tengor tumor maker reading dalam darah tu. Kalo tinggi die cakap nak kene operate jugak eventhough I am pregnant. Next appointment, 3 September 2010. Harap-harap blood test ok. Pray for me frennnss!! Nak tengok rupe cyst tu camaner? Ni ha..tapi tengok gambar baby dulu ek :P
Baby @13 weeks in womb :) |
Kali ni pegi klinik pakar ni encik suami takde. Lepas teman saya pi klinik panel tu, he had to rush to PS Pipeline kat Putrajaya. Kene buat chemical monitoring kat sana. Gagah kan jugak diri pi sorang-sorang huhu..Takpe-takpe. Saya kira untung ape, suami dok sama-sama. Ade yang weekend husband langsung kan.. Alhamdulillah. Ni ha, lepas tengok baby, doc tengok cyst la plak kan..Ni la rupe die nye...
Gambar fetus and the ovarian cyst ;( |
Lepas selesai semua nya, saya pun cakap terima kasih kat doc tu. Pastu balik umah. Tapi dah dok dekat 2 jam kat klinik tu, jam pun dah menunjukkan dekat pukul 5ptg, baik saya terus ke opis encik suami je. Jemput die terus. Takyah nak ulang-alik pi sana-sini. So amik encik suami, pastu balik umah berinternet. Surf pasal cyst ni.
Yang saya baca pasal cyst ni, ada macam-macam jenis cyst. Hopefully, mine ni kategori yang akan spontaneously gone la kan. Aminnn.. Saya ada gak add Prof. Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan tu..glamor gak beliau ni. Dulu-dulu selalu masuk TV) kat Facebook. Saya tengok kat FB wall die ramai yang tanya kan masalah sakit puan kat beliau ni, and surprisingly, he always answered all the question from them (bagus kan ada doc pakar yang macam ni.takyah la kita jumpe dia kalau stakat nak tanya sket-sket tu). So, I sent a message thru his inbox (taknak tanya kat wall tu..semua org baca la nanti). I asked him ape risiko kalau operate ni? Ade efek baby ke tak? His answered was " tak perlu bedah, tunggu 5-6 bulan, cyst akan pecah sendiri, dan cecair akan diserap oleh badan". What?? I was really shocked to know his answer. Hopefully, Dr. Khamsiah will tell me the same :). Now, there is nothing more I could do about this beside keep on praying that my cyst won't grow bigger. Amin Ya Rabb!
Hikmah dari semua ni, apa yang saya dapat ialah, posisi baby yang pelbagai. Macam-macam aksi :P Yela, orang scan skali je, saya scan banyak kali. So dpt tengok macam-macam la aksi baby dalam perut ni. Antaranya;
Baby membelakangkan kami. Nampak semua tulang-tulang die :) |
I pray for ur health angah! be strong k...harap2 cycts tu jenis yg plg soft cepat sembuh...
ReplyDeletebazri:: huhu thanks :) angah pun doa cyst ni jenis yg biasa je. 3 sept baru tau perkembangannya.
ReplyDeleteangah, hye... :) baru jumpe blog baru angah.. ;)
ReplyDeletemcm mana cyst tu? hilang sendiri eh?
member saya ada cyst dekat tiub fallapio, kesian dia, kena potong satu.. so chances utk pregnant hanya 50 - 50 je sebab ovari dh tinggal satu je..
baby sihat??
along:: hehe..blog along dah takde ek?cari gak..huhu..
ReplyDeleteha..cyst dah ilang sendri..alhamdulillah :)
baby sihat..dan semakin aktif kat dlm ni ha.hehe..sronok kan?